Saturday 27 August 2011

BLOCK LAH SEMUA LAGI SENANG !

Assalamualaikum :)
 Bengang gila lah macam ni ouhhh .Apa guna PC ni kalau youtube pon tak bole buka ? Haiyoooo =,=
Okay act PC ni baru sahaja siap diservis auwww .Bapa aku yang bijak sangat block semua laman web yang boleh mendatangkan virus kepada PC ni termasuklah YOUTUBE .OMG ! #Ayah ,abang tahu anak-anak ayah suka buka laman web tak elok tapi jangan lah sampai YOUTUBE pun nak BLOCK ,haiyooo .Apa nak buat macam ni ? APTB lah !
 
P/s kepada ayah tercinta ; Ayah ,abang tahu ayah banyak habis duit betolkan PC ni tapi tak payah lah block benda tuh sekali .Cadangan untuk ayah ,apa kata ayah belanja beli ANTI-VIRUS kat kawan ayah supaya tak ada lah sampai macam ni sekali .
LOVE YOU ,AYAH :)
by ,KHAIRUL ANWAR

Friday 26 August 2011

CERITA KITA

Assalamualaikum :)

Sekolah telah berlalu meninggalkan kita untuk menyambut HARI RAYA AIDILFITRI (one week only derrr -,-) .Sangat-sangat gembira walaupun raya this year hanya bersederhana sahaja .Balik sekolah tertidur sampai nak berbuka .#you really BAD ,KEROL .Who care ? Kubur masing-masing !

*********************
Okay act nak bercerita pasal kami berdua .Maybe you all tak suka tapi lantaklah ,ngehhhh .Sampai sahaja rumah dari GIANT SENAWANG ,I text you .I know I'm late ,really sorry about that .Like always ,you call I hahahah #teruknya jantan ! Bak kata you call rumah ke rumah free kan ? I pun okay jelah :) 

You know what I'm really happy when you call me 'honey' .Sedap dengar :) Malam tuh kita berbual seperti kita tinggal sebumbung hahaha .Like chezzy omg really fun ,dengan menemankan you tengok tv sambil berbual dengan I .'Movie aksi macam movie seram' ,punya lah penakot you ni hahahaha .Tak puas pakai telefon rumah ,call fon pula .I pun berhijrah ke bilik lain ,you tahu kan I tak selesa bila whole family I dengar kita berbual .Like no privacy .You talk so much lah dear .Yang bestnya you ajak I nyanyi together lagu SATU MALAYSIA and JALUR GEMILANG .I tak tahu kenapa you semangat merdeka sangat malam tuh hahaha .

Tak puas lagi borak ,you call lagi pakai fon rumah ,derrrr =,= I dah awal-awal lagi tunggu sebelah fon rumah I .Punya lah seronok borak sampai tak sedar jam dah menunjukkan 3.30 pagi .Finally you tidur tinggalkan I seorang-seorang .I sahur and until 7am I can't sleep .I miss you dear :'(

Totally I'm happy with you that night :)
I LOVE YOU ,Mrs. K


MERCUN OH MERCUN

Assalamualaikum :)
Boom ! Boom ! Bang bang boom ! Eh eh apasal lah pelik jeww bunyi mercun tuh ? Hahah gelabah .Okay tak payah nak merepek kerepek tetek lagi kita terus jeww kepada point yang sebenar .Seronok ke main mercun ? Apa yang you all dapat daripada main mercun ? Mercun tuh ibarat BOM TANGAN you all tahu tak ? Tak tahu gantung leher xp

    Haaaa terbaru ni punya kes ni .Calon UPSR hilang jari .Perghhhh !

Wednesday 24 August 2011

Cikgu JARAYAH kembali berkuasa :)

Minggu ini adalah minggu terakhir buat Cikgu HAFIZ (bul bul ) hahahaha .Sengal jeww kan tak sangka lah pejam celik pejam celik tamatlah sudah masa praktikal di SMK TTJ .OMG OMG ! Series ,agak sedih lah .Tiada lagi yang akan jemur kita (4 UKM ) dekat dataran ,nak merajuk dengan kita .Hahahah bye bye cikgu bul bul .Kita (4 UKM ) akan kehilangan cikgu yang sering ambil waktu cikgu-cikgu lain .#Dah tak boleh nak lari waktu add-math hahaha .


Haaaa ! Inilah dia cikgu yang dimaksudkan .Tengok muka dia ,poyo jewww muka nak cover macho jewww .Hahahaha #ampun bang :) Okay okay belom pukol 12 (Jumaat ) tak boleh panggil 'abang' lagi .Masuk sahaja sekolah selepas seminggu bercuti HARI RAYA AIDILFITRI ,sesi pembelajaran BAHASA MELAYU akan berubah .Dah tak seronok ,comfem .

Ucapan kepada Cikgu BUL BUL ; Selamat hari raya :) Minta ampun kalau ada silap ,salah yang telah saya lakukan .Saya seronok belajar dengan cikgu tapi akibat kerja rumah yang banyak membuatkan saya sakit hati ,malah menyampah (kekadang ) .Saya berani buat pengakuan jujur ni ,hebat tak ? Hahaha apa-apa pun saya minta keberkatan untuk segala ilmu yang telah dicurahkan kepada saya .TERIMA KASIH CIKGU HAFIZ :)

Monday 22 August 2011

PART TWO


Haaaaa ! Nampak kek ni ?!! Act tujuan berbuka puasa di luar ni bersama keluarga ke-2 adalah disertakan nak celebrate BIRTHDAY FIEKA ,anak KASSIM :) Kek ni dibuat sendiri oleh FADHULLAH .Alalalala omelnya ^^
Inilah budak special malam tersebut .Cuba lihat wajah insan yang sedang bahagia manis senyumannya seperti gula-gula kapas hehehe .Aku dapat rasakan dia sangat-sangat happy malam tuh maybe sampai tak tidur malam kowd ! Wahhhhh ! Aku tak nak ulas panjang-panjang pasal kau ,SWEET 16 :)

Kisah kami berterusan dengan jalan-jalan di UPTOWN ,gempak beb .Jumpa ramai A.C.T.B hahahah .#Mrs. Khairul jangan marah yee sayang lap you much much .Okay ,jalan-jalan sambil shopping sambil menyelam minum air lah ni haha .Mereka-mereka yang berduit jelah yang shopping aku hanya show off beg CIK ANON dengan cuci mata tuh jelah .Kisah lucu dekat sini adalah salah seorang daripada kami mabuk lampu agaknya sampai gerai kasut nampak gerai jam G-SHOCK .Hahaha sengal lah kau AZWAN .Aku tak kisah melihat kawan aku bershopping sebab bak kata FADHULLAH "kenangan lebih mahal ,lebih berharga." Cehhhh ! Ayat tak nak kalah pula puihhhhh ! Hahahah .
Destinasi seterusnya ialah McDon SENAWANG .Perghhhhh ! Time dekat sini sangat-sangat meriah McDon tuh ditambah lagi dengan kami ,huru hara jadinya ! Macam McDon tuh ktorang yang punya riuh rendah lah ! Tragedi disini adalah AZMI yang ingin masuk McDon ,tolak pintu terkene budak kecik yang tidak bersalah malah lemah .'Tergolek dog' budak tuh ,tertumpah air dia .Kesian doeee .#Sumpah kau tebaik AZMI !!

Perjalanan diteruskan dengan keadaan hujan .Basah ,lencun dibuatnya .Sejuk ,kecut alat sulit masing-masing hahahaha .Destinasi terakhir ialah ICE-ROOM SENAWANG .#Dah sejuk-sejuk nak makan ice-cream lagi ke ?!!! Perghhhh mati bekulah macam ni !! Yang tak nak kalahnya harga ice-cream satu mangkuk mencecah RM10 .*Barang siapa yang tak mampu sila keluar lah hahahah perggghhhh ! Tak sia-sia lah bayar mahal-mahal untuk ice-cream ,memang terbaik !! #Aku makan kawan-kawan aku punya jewww hahaha ! Bagi kawan-kawan yang tak makan ice-cream lepak dekat kaki lima .Sesuailah dengan berlakon sebagai orang minta sedekah .Si AZWAN ni pakai kopiah dia ,spek mata gelap dia berlakon sebagai orang buta minta sedekah .*"Bang ,syiling bang ?" Hahaha sengal lah kau ! Si EYMER pula agaknya nak tunjuk bakat TOMOI dia .Berlagak tak bertempat akhirnya jatuh akibat licin .Bagai NANGKA BUSUK JATUH BERGOLEK KE BUMI .Hahahaha tak dapat nak cover macho daa ,bangun terus duduk diam .Ketawa terbahak-bahak yang lain .#Mesti sakit kan EYMER ? Hahahaha setengah jam kemudian masing-masing nak balik lagipun dah lewat daa .Tak elok untuk anak dara :)

P/s ; Riang hati kami malam tuh .Pelbagai ragam ,gaya kami .Sweet memories :)

Sunday 21 August 2011

CERITA DI MALAM HARI (PART ONE)

Assalamualaikum :)
 19 Aug 2011 adalah hari yang paling bahagia buat Fadhullah dan Azmi ,puihhhhh ! Tak lah ia adalah hari gembira kami semua seisi keluarga ke-2 hahahah .Kami mengadakan majlis berbuka puasa di luar kawasan rumah .Pelbagai kisah ,tragedi yang berlaku malam tuh ,1001 malam lah katakan hahaha .





Inilah kami ,keluarga ke-2 .Seronok dengan makan tomyam ,ikan 3 rasa dan macam-macam lagi .Perghhhhh ! Bab pasal makan ni bagi pada EKA lah hahaha sampai berhijrah ke meja hujung .Memang best lah malam ni .Aku ,Wahi ,Hijaz ,Udin tukang menghabiskan makanan .Yang lain semua nak cover comel ,macho agaknya malu-malu nak makan puihhhhhh ! Suka hati lah korang rugi ktorang untung .
 
 
Ikan ni kerja ktorang berempat lah hahah !
Dah habis makan ada pula orang rajin nak kemas macam dia makan dekat rumah dia pula iaitu Udin .#Dah macam kerja catering pula kau dekat situ hahaha .Kita bayar mahal-mahal kowd kau rajin sangat nak kemas buat apa ,tak faham aku doe =,=' .Macam-macam style lah .Dah kenyang ktorang jalan-jalan sekitar UPTOWN .
 
P/s ; tunggu sambungan part two :)

Thursday 18 August 2011

Panas panas xp

Panas macam gunung berapi !
Ya Allah panasnya cuaca hari ni rasa nak berendam dalam swimming pool belakang rumah aku .#Hahahaha ada ke kau kolam belakang rumah kau tuh jang ?! Rumah aku hanya aku jeww tahu dimana letaknya kolam tuh sibuk jewww .Nak join lah tuh =,=' #tangan didada mata ke atas .

Dah penat daa ni menahan dahaga mahupun lapar .Adoiiii ada jeww juga aku telan air ni kang .Mak aku cakap inilah dia dugaan di bulan Ramadhan so bersabar lah .Oleh kerana mak aku yang berkata begitu sabarlah demi menjaga kejantanan aku ,puihhhhh ! Kuatkan iman ,cekalkan minda itulah yang sedang aku lakukan .Cehhhhhh

 ******************************************
Aku baru sahaja berjumpa dengan Cif Inspektor Jusman siang tadi disekolah kali-2 .Aku baru sahaja dapat tahu bahawa 'kami' akan berjumpa dengan dia sepanjang 4 bulan berturut-turut .Perghhhhh 4 bulan nak tengok muka dia ,SUMPAH MUAK ! Untuk apa semua ni ? Aku tak paham dengan semua ni .Aku nak perkatakan bahawa 'KAMI BUKAN BUDAK JAHAT!' .Untuk apa tahan kami sampai lewat petang semata-mata untuk dengar ceramah .Akhirnya kami akan buat taik mata dalam dewan tuh ,tak guna juga ! Sekadar ceramah oleh pihak kaunseling sekolah cukup lah nak panggil polis ni buat apa ? Adoiii series tak paham =,='
P/s ; 'Kami bukan BUDAK JAHAT !'

Wednesday 17 August 2011

1a.m.

Jam menunjukkan pukol 1 tepat setelah penat berjalan window shopping dekat Senawang .Bapaklah penat walaupun hanya berjalan jeww kan hahaha .Banyak sangat barang lawa-lawa bro wa cakap lu nak jeww amek beli tapi poket kering lah pula ,FUCK ! #Sabar jelah oii .
Budak Nakal
Sampai rumah ,masuk bilik call Mrs.Khairul tak pick up lah pula .Finally aku pun tertidur .Setengah jam bangun akibat dikejutkan oleh mak aku suruh pergi 7-eleven .Pagi-pagi lagi suruh pergi kedai perghhh sejuk gila mahu gugur lutut aku nie .Adik sedara aku pula yang baru berumur 3-4 tahun(tak sure) semakin riang tak tidur lagi .Tak penat ke budak ni ? Haiyoooo gilo lah aiii .Series nakal macam aku ehh yekew ? Tak kowd aku baik sikit hehe .

Jam pukul 2 ......
Budak nakal nie tak nak tidur ke ? Hahaha sengal lah kau budak .Tahu lah esok tak sekolah kan bukan main kau tidur lambat .Aku babap bontot kau tahu lah .Aku nie yang akibatnya dikejutkan dari mimpi pukol 1 tadi terus tak ada mood nak tidur .Apa lagi layan blog lah kan kan ? Hahahah aku pun dah gila blog .Act aku tak boleh tidur memikirkan pasal esok dan Jumaat yang akan datang .Esok datang sekolah nak kene jumpa 'Bapak Angkat' lagi .Ek eleh tah apa-apa lah dia ni nak jumpa aku banyak kali buat apa ? Aku bukannya jahat sangat pun kantoi rokok jeww nak heboh ,APTB lah ! Kali ni lebih terok sebab nak kene bawa kawan seorang adoiiiii macam-macam hal lah puihhhhh ! 

Pasal hari Jumaat ni pula ,kesnya kene hantar kerja khusus akaun elimen 1 .Perghhhhhh ! Aku tak buat apa-apa lagi kowd .Bertambah pening aku fikir pasal ni .Apa aku nak buat ni ? Nasib baik lah Ayien bagi aku copy dia punya .Alhamdulillah :) Aku sayang kau lah Ayien ! Hahaha 

Tuesday 16 August 2011

SERONOK ? SUKA ?

Sumpah kau jahat ,aku tak sangka lah kau macam ni .Segala yang telah kita kongsi bersama akhirnya kau berpaling tadah pada aku ,tikam belakang aku .Hahaha gediklah pula ayat aku ni FUCK !
Kenapa wehh ? Aku tak tahu apa salah aku sampai kau sanggup buat aku macam ni .Kutuk aku ,hina aku seolah-olah selama ni aku telah menjatuhkan maruah kau .Apa yang kau dapat buat aku macam ni ?! Seronok ? Suka ? Series aku tak boleh terima kau macam ni .Dibayangi tanda tanya .
P/s ; kepada 'kau' ,jangan sampai word 'aku menyesal berkawan ,kenal kau ' kuar dari mulut aku .Saat tuh juga aku akan buang ,padam kau dari memori aku ,I mean it :)

Kawan menjadi KEKASIH


Jeng jeng ! hahaha okay topik I kali ni adalah seperti tertulis diatas :) Apa pendapat you all yang masih lagi menggunakan trend KAWANKU=AWEKKU ? Sumpah macam bangang .Bukan nak kata apalah kan tapi bila dah jadi macam tuh tak rasa ke you all akan janggal ?! 
Apabila bergaul semasa berkawan relax jewww ,seronok pun ada kan tapi bila dah SAH jadi boypren/girlpren ni serba serbuk tak kene .Perasaan cemburu ,sakit hati and macam macam lagi akan timbul .Disitulah nanti salah seorang akan berasa tertekan ,stress grrrr =,=' tak ada migrain pun akan jadi ada hahaha cuba bayangkan betapa stressnya ."Apa bie ni semua baby buat tak kene tulah inilah ! Kalau macam ni lah berterusan better kita break lah !"#Amboiiii punya marahlah si girlpren ni .Inilah yang akan keluar dari mulut si girlpren .Hahaha teruk tak ? Bagi si boypren yang gelabah ni time ni lah dia mula tak betol ,time ni lah hendaknya semua keluar ,maki hamun ,segala yang tersirat habis keluar ehh .Shit kan ? Terputuslah satu jalingan hubungan yang dibanggakan .

Sejak dah break langsung tak bertegur ,tak berkawan sedangkan pada era zaman berkawan sangat sangat lah sweet gitu .Finally ,bermusuh-musuhan lah jawabnya status dekat FACEBOOK semua nak membenci jewwww .Sangat menyedihkan :'(
Ada pula ni yang si boypren dah menghabiskan segala duit dia dan akhirnya pisah juga menanti .Itu lagi tak terkata apa-apa .Hahah I tumpang simpati .Dah panas mulalah cakap 'babi punya perempuan' .Kau nak membabikan orang tuh buat apa ? Sebenarnya kau yang bodoh ,sengal punya jantan ! Baru tahu macam mana penangan berkasih ni ! 


Sepatutnya lah kan dah lama berkawan tuh tiba-tiba nak berkasih elok jewww sebab melalui berkawan lah kita dapat mengenali dia ,segala baik buruk orang tuh dah tahu ,dah masak lah .#Kepada sesiapa yang masih lagi kekal ,ALHAMDULILLAH lah .It's mean you all mengenali si teman dengan jayanya .Kepada yang tak ,I'm sorry .Berkawanlah lagi seronok :)


by Khairul Anwar

Monday 15 August 2011

Call me :(

This post for you dear :)

Okay honey I'm so sorry kay .I tak rasa pon nak buat 'donno' dekat you .
Mby waktu free kita berbeza .Selainnya I habiskan masa dengan tidur .
Hari sekolah adalah amat memenatkan di bulan puasa ni ,series :) Everyone know that .
So I disini nak minta maaf pada you jika tak spend time for you ,really sorry about that .
Now ,I betol betol rasa down sekarang ,I need you I mean it :(
Please call me ,text me . 

Saturday 13 August 2011

kaki perempuan !

PITBULL-SI BOTAK  
Okay korang kenal siapa kan mamat botak ni kan kan ? hahaha dah tentu tentu lah Pitbull yang famous dengan lagu 'On the floor' duet dengan artis seksi J.Lo .
Kalau korang perasan lah semua video clip lagu dia keseluruhannya berunsurkan ke arah maksiat .Ishhh ishhhh teroknya mamat botak ni ! Dia ni mungkin salah seorang kaki perempuan .Aku tak tahu apa yang menarik dekat dia ni ,dah lah botak silau mata memandang hahahaha .Oleh disebabkan dia ni kaya raya semua perempuan melekat .

P/s ; jangan contohi dia !





TEROKNYA AKU :(

Hari ni(11 OGOS) kami ,pelajar kelas akaun dapat tugasan menyiapkan folio akaun .Tempoh masa yang diberi pada kami hanya sebulan(OGOS-SEPTEMBER) .*Sebulan ?? Tak raya lah jawabnya FUCK !

Okay ,cerita aku mulanya disini ......

Tepat jewww loceng menandakan rehat sudah tamat ,aku turun ke bawah arah ke bilik utiliti seperti yang diberitahu .Aku dengan mata stimna masuk bilik yang puratanya pelajar dah get ready lepak dalam tuh .*kononnya se-ma-ngat lah tuh ,tuihhhhhhhh !

Puan Aisyah Safie memberi taklimat dah tunjuk ajar how to do .Aku tak tahu kenapa aku mengantuk sangat dalam bilik tuh .Sepanjang taklimat tuh aku buat taik mata jelah WTF ! haha itulah aku act .Tah apa cikgu tuh cakap pun aku tak pasti .

Mayam ; kau boleh tidoe lagi ? Nanti kau tak tahu nak buat kang parah hidup kau ,time tuh lah kau nak jadi budak minta sedekah(merayu2 minta tunjuk ajar)

Aku ; hah ? Kejaplah aku tengah mimpikan awek aku ni ,adoiiii .*Aku langsung tak endah apa yang kawan aku ni cakap yang sememangnya betol .

Mayam ; kepala otak kau ! Siang hari mimpi awek apa ke buntot kau ni ?!!

*Aku sambung tidoe tanpa dengar nasihat kawan aku .

Taklimat diteruskan dengan cikgu mafia ,Puan Fadhillah .

Mayam ; oi ! Bangunlah wehhh mafia tengah bercakap tuh !

Aku ; hah ,yekew ? *bangun lah tapi masih lagi mengantok .

Akhir taklimat ni kami diberi masa untuk memikirkan nama company milikan tunggal .

Mayam ; aku nak letak SPORT TAPA SDN.BHD .

Aku ; apa ke pelik nama company kau ?

Shukri ; TAPA tuh apak ehhhhh .

Aku ; hahahahaha ,kau buka company pakai nama bapak kau ?

Mayam ; yelah lagi sedap daripada letak SPORT MAYAM SDN .BHD kan ? lagipun nanti orang keliru kedai aku jual apa ,alatan sukan atau mayam .

Aku ; ye tak ye juga kan kau nie bijak lah Mayam .

Aku masih tak tahu nak letak nama apa and tak tahu nak buat macam mana .bapaklah !


P/s ; kawan kawan nanti tolong aku ehhh ? pleaseeeeeee
 

Monday 8 August 2011

Sakit ,sakit sakit !

Aku ,Ayien ,Wahi ,Danial dan Arman dalam sebuah kereta bernombor plat TAB .Perjalanan ktorang ke masjid untuk menunaikan solat terawih seperti biasa lah .Tapi hari tuh macam pelik auww sebab Wahi nah singgah 7e lah ,singgah klinik lah bagai katanya nak beli MC .*Pemalas nak datang sekolah lah tuh ,memang pun hahaha .

Wahi masuk klinik selepas 2 kali berdoa supaya dapat MC hahaha sengal gila .Yang lain dowk borak2 macam orang gila ,aku pula main bakar2 mercun mancis yang bunyinya sama kuat dengan kentut aku ,haha sial lah tuuuihhhhh ! 10 minit kemudian Wahi tak muncul lagi bapaklah tah apa yang dia buat dalam huuu cb -,-' Time ni Udin pula macam babi naik motor sorang2 dengan angkuhnya bawa motor EX5 kaler biru yang berlagak laju .Seperti biasa panggil lah kan kawan tuh sebab masa tuh dia tercaricari seseorang .*Mestilah aku kan HAHA tapi kalau dah lalu sebelah kereta orang panggil tak perasan juga memang saja lah tuh .Perasan hensem lah kau ,Udin APTB lah kau !

5 minit kemudian .....
Wahi keluar dengan senyum lebarnya menunjukkan gembira ,kompom dapat lah ni kan kan ,In same time Udin pun stop motor sebelah kereta .*Perasan lah pula -,-' Aku pada awalnya duduk ditempat drive bertukar ke sebelah dan Arman pula berpindah ke belakang .Aku sempat lah juga borak2 pendek dengan Udin baru masuk kereta .

"Poooongggggggg !" pintu aku tutup dengan kuat .
"Arghhhhhhhh ! kerol kerol ! " jerit Arman .
"Apa benda kau ni jeritjerit tak boleh cakap slowslow ke ?"
"Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii ! Jari aku lah sial tersepit kat pintu kau !" jerit Arman lagi .
"Hah ,yekew ?" tanya aku sambil buka pintu .*masih lagi tak rasa bersalah

Hahaha masa ni ktorang memang tak henti2 gelak tengok Arman .Time ni lah juga Arman jadi pondan sebab jari hantu dia tersepit .Bayangkan badan besar berlagak taikoo ,jalan nak gahh jeww tibatiba jari tersepit pintu terus berubah jadi perempuan .Itu yang buat ktorang gelak terbahakbahak huuu dari klinik hingga ke masjid .Sepanjang perjalanan ke masjid Arman tak habishabis cakap "errr sakit err sakit" gaya perempuan .Hahaha .

P/s ; sumpah aku tak sengaja Arman .Jangan marah aku doeee .Tapi malam ni malam paling bahagia dengan korang sebab aku asyik gelak jewwww .

Wednesday 3 August 2011

FAKE !


Perghhhhhh lawa kan ? hahaha comel jeww ,rasa nak terkam jew they all ni .Apasal gatal sangat ni ?! FUCK suka hati aku lah nak gatal ke apa pokok dekau lah .grrrrr =,= sumpah lawa ! Tak tahu lah apa yang aku rasa ni HEEE :p


Awesome awesome bro ! Bak kata Ayien semua ni gegirl hahaha :DD Susah nak membezakan muka dorang ni sebenarnya .Tapi memang handsome kan kan ? hahaha jangan cakap aku gay ! Kegilaan para remaja perempuan sekarang .Wehhh kawan nak jadi macam dorang boleh ? Hahaha tak pasal2 jeww gelabah tetek lah aku ni ! Hakkktuihhhhh .
*Proud be yourself

************************

Okay ,tengok dorang ni kulit licin macam lilin ,bapaklah ! Ni semua akibat pembedahan plastik yang dorang buat untuk menjadi pop selebriti ,FAKE !
Heyy ! Kalau lah benda macam ni dibenarkan ,HALAL untuk agama Islam ,compom ramai yang buat .Puihhhhhhhh !
Kita hendaklah bersyukur dengan takdir kita yang macam ni ,okay kawan ? Inilah dia dinamakan takdir ,sudah ditetapkan oleh Allah swt .

P/s ; Meminati tidak ada salah tapi kalau terikut dengan cara dan ajarannya ,itu SALAH !

randomly blog posting


hyeee fellow peeps :)
lemme introduce myself

my name is mrs. khairul
sorry lah yeeee kalau menyibuk

as you all informed,
this owner of the blog is tightly taken by one wicked girl
that is me

before you guys whinnying,
proudly to say that
i have permission to blog this entry :)

okay tujuan saya post nih nak bagi speeches dekat mr.K jee



dear gummy bear ,
look into my eyes and stares for a while:)
oraite. .,
here we goes.
this life becomes all that you want it to
your dreams grow big,
your worries stay small.
you need not carry more than you can hold.
dont think.just do it.
fuck what people says.do it. regret it.
at the end of the day
there always never have pain with no gains :)
i know you can ,
they know you can,
yet you know the best of yourself

and while you are out there getting where you are getting to,
they are always somebody loves you

please lock this and cross it in your heart,
no matter how many times you had screwed things up,

me was, is and always love you to the max!

have a good day :)


                                                 

                                                  by,
                                                  unnecessary unwanted unknown

Tuesday 2 August 2011

MEREKA :)


4 UKM
Okay mereka adalah classmate aku ,rakan sejawat aku iaitu kelas account(4UKM) .Mereka sangat baik plus baik lah .*you all jangan nak poyo jangan nak gelabah tetek pula hahahaha .Sumpah korang baik ,series tulus ikhlas ni .Korang memang pandai bodek cikgu so memang best lah korang ni .Apa yang menariknya kita ni ? Korang tahu ? Okay bestnya kita ialah hampir semua subjek akan ada belajar pasal angka .Haaaaaa ! Simpan nombor ,rasa2 sedap jewww ,ada luck jewwww ,pergi cuba nasib korang dekat 4D ,MAGNUM ,TOTO atau sewaktu dengannya ,haahaha gurau2 korang jangan buat pula ! Kepala otak ni serabut belajar angka jewww .Syokkk habislah kan kan kawan ? Tuihhhhhhhhh peninglah gila ! Tapi tulah tak boleh nak cakap lebih2 lah kan ,tak boleh nak banyak bunyi sangatlah sebab ini yang kami pilih untuk masa depan kami so pandai2 lah kan kan .

Auwwwwchakkkk ! Okay ,inilah dia ,MAMA J .Beliau ni guru kelas kami yang hebat .Kami bangga dengan beliau dan kerana dia jugalah aku buat blog ni :) Terima kasih ,jasa cikgu akan saya kenang :)

P/s ; Ini adalah berdasarkan apa yang aku rasa okay .Aku minta maaf jika ada salah silap yang aku buat kat korang .




Monday 1 August 2011

MENCABAR IMAN !

Ya Allah ,first day jalani puasa mmg mncabar bg aku lah this year .sahur tak bgun ,dah lah tak makan dr mlm smlm lg .errrrr -,- aku tahu ada hikmah disebalik semua ni so aku teruskan berpuasa sebagai umat Islam spt yg lain .

"bang ! bangun sahur lah nanti esok mulalah rupa kau mcm orang nak mati ." jerit mak aku .
"haaaa okay okay abg bangun lah ni errrrrr ." 
akhirnya aku ditewas oleh nafsu tidur aku .Tersedar jeee jam dah menunjukkan pukol 8.30 daaaa ,bapaklah ! *teruk kan aku ? haiyooooo hahahaha ,aku memang terok pon !Pada sebelah petang pula aku kerja ,erkkkkk memang hari ni aku separuh nyawa daaaa .Tak habis habis tengok jam ,haaaa amek kau !
"Bila lah nak berbuka tengok air MERAH macam mengancam yg makcik lawa jual kat depan gerai aku keliur tekak aku" .
hahahahaha tak senonoh aku ni ,Ya Allah ampunkan aku :) 

                                               ***************************

7.30 ,azan pon dah berkumandang dekat masjid aku pon apa lagi dengan pantas aku buka air kawan aku,ARMAN ,WAHI beli .perghhhhh manis lah pula air tuh ,nak kasi potong kaki ke apa ! hahahaha tambah dosa .Sumpah aku terok gila plus tak senonoh ! 

p/s ; tolong jangan contohi aku !!